Khamis, September 18, 2008

Tahniah Dato' Zaid!!!

Tersentuh hati mummy atas tekad & ketegasan Dato' Zaid Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang meletakkan jawatannya demi menegakkan prinsip undang-undang yang sebenar dalam membantah tindakan kerajaan BN menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mengikut kepentingan naluri mereka sendiri. Macam ni baru the true lawyer!

Pastinya apa yang berlaku memberi cubitan & tamparan kepada kerajaan BN tapi seperti biasa BN akan buat2 kebal, percaya pada tahyul tangkal tok bomoh yang dipakai. Nampaknya senjata dah makan tuan. Tindakan menyumbat YB Teresa Kok yang dimomok2kan menghina Islam & Melayu bukan menambah benci rakyat kepada PR tetapi menjadi bonus talian hayat pula kepada PR dan BN semakin termengah2 mencari ubat baru. Inilah jadinya bila tukang kayu nak jadi tukang masak. Habis tunggang-langgang dapur dibuatnya.

Walau bagaimanapun, cadangan untuk memansuhkan ISA perlu diteliti sebaik2nya kerana mummy pun setuju dengan Dato' Zaid, ISA masih relevan digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan. Mummy belum sempat khatam lagi akta yang satu ni so tak berani nak ulas lebih2.

6 ulasan:

kuanderas berkata...

Mummy,
Pada pendapat saya Dato' Zaid ni memang patut meletak jawatan:-

1.Dia bercakap tentang ketelusan, bagaimanapun dia pun tak reveal berapa jumlah wang dia kasi pada hakim-hakim dulu.

2.Dia bisu sebisu-bisunya semasa Bar Council menganjurkan forum "Memeluk Islam".

3.Ada pelbagai lagi yang tak tersenarai.. already 4.00am

selamat bersahur

azlishukri berkata...

saya sememangnya tidak berapa gemar dengan si Zaid ni, pikiran Islamnya haru biru dan nampak tidak ada pendirian.

Tanpa Nama berkata...

Tatkala Islam diperlekeh bukan sahaja oleh Barat, malah segelintir masyarakat Islam sendiri, pemimpin Islam yang dahulunya berapi-api dengan imej ISLAM HADARI terus membisu. Saya berada di Majlis Peguam tatkala isu forum memeluk Islam diteruskan.

Apa yang ingin saya katakan, jika benar secara adil kerajaan melaksanakan dasar dan peraturan, Presiden Majlis Peguam perlu dikenakan ISA. Tetapi sebaliknya. Pak Lah pun senyap membisu seribu bahasa. Memalukan dan menjijikkan melihat mukanya di televisyen mengulas isu itu, agak lemah kepimpinannya.

Tetapi, jika pembangkang, jangan tunggu lama-lama, sumbat dalam penjara. Inilah perinsip Islam Hadari yang digunapakai beliau.
(Antara Prinsip ialah Adil).

Berkenaan Dato' Zaid, dia kecewa kerana dalam kalangan UMNO sendiri ada yang tidak menyukai beliau. Hal ini demikian disebabkan sikapnya yang berpegang kepada landasan perundangan sebenar. Ada orang salahkan dia berkenaan Isu Forum Agama Majlis Peguan. Tetapi bukan salah beliau. Yang berhak dan membuka ruang Ialah Pak Lah, dia yang membenarkan, bukan Dato Zaid. Rakyat juga mengharapkan PM yang campur tangan.

Kepimpinan terdahulu (Tun Dr. Mahathir), cepat dan tegas menyatakan sesuatu, jadi semua patuh pada peraturan. Dalam dan luar negara beliau lantang. Lantangnya pula bertempat. Itu yang kita harapkan. Tetapi Pak Lah, tidak adil

Saya berikan contoh, blogger menulis tentang Isu Terbalikkan Bendera, apa yang berlaku kepada blogger itu?
Manakala, seseorang menghina Lagu Negaraku dan Agama Islam dalam lagu tersebut cukup dengan meminta maaf. Inilah sikap Pak Lah.

Destinasi saya sudah sampai dan ketemu lagi jika ada kelapangan....

mummybosan berkata...

kuanderas: Sebenarnya mummy ni kadang2 terlepas juga to update info2 baru. Info2 lama pulak banyak yang dah terdelete dalam sistem ni dek kerana kesibukan yang tak pernah sudah2.

1. Berkenaan isu wang yang DZI bagi pada hakim2? yang ni mummy akan siasat & buat research dulu sebelum beri sebarang komen.

2. Berkenaan forum "Memeluk Islam", mummy 'rasa' dia ada pandangan peribadi berkaitan isu ini. Tak semua pencinta islam membantah forum tersebut. Jika ada kesempatan, mummy akan berkongsi pandangan berkaitan isu ini dalam post akan datang.

azli: Berkaitan pikiran Islam DZI, yang itu mummy belum nak ulas lagi. Mummy cuma menyokong beliau berkaitan pendiriannya dalam isu ISA sahaja.

adil: Perubahan dalam kepimpinan perlu dilaksanakan dalam Bar Council. Masalahnya, bukan mudah nak mengumpulkan lawyer2 ni especially lawyer2 melayu Islam (walaupun ramai) untuk buat pembaharuan. Masing2 sibuk dengan pelbagai kekangan masa & tugas terutama yang bekerja sendiri. Tapi mummy masih berharap, lawyer2 melayu Islam dapat bersatu.

Tentang Pak Lah, alah... dia kan Islam Hadhari, heheh... mungkin begitu kot pendekatan mazhab yang satu ini. Mummy pun setuju, walau Tun Mahathir pernah digelar diktaktor tapi kerjanya terator...

perfectwater75 berkata...

Salam!

sekurang-kurangnya dia dah buktikan stail kepimpinan yang mesti diikuti oleh semua pemimpin UMNO yang bermasalah tetapi buat macam takde masalah (rasa2 guna tangkal yang mummy bosan cakap tu kot?)..Kita tengok negara lain, tak mau maslah yang besar terus saja letak jawatan bagi peluang orang lain buktikan kemampuan,tak mampu juga letak jawatan lagi...
apapun jangan sesekali jadi seperti KUCING dan TIKUS UMNO...

thx!

Tanpa Nama berkata...

Cerdik tidak mesti pandai, kalau dia tidak belajar. Pandai tidak mesti cerdik, kerana dia belajar. Kalaulah orang cerdik belajar bergabunglah cerdik dengan pandai. Orang ini adalah luar biasa pandainya.