Ahad, September 14, 2008

Salah Siapa? Siapa Salah?





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Faham Individulaism
Ramai lagi umat Islam yang masih beribadah terutama sembahyang,
berpuasa Ramadhan, membayar zakat, mengerjakan umrah dan haji tidak ketinggalan,
tapi fikirannya, ideologinya atau ismnya ciptaan insan,
Islamnya hanya ibadah, fikirannya tidak Islam,
Islam yang diamalkan tidak lagi syumul atau global
Islamnya ibadah, fikirannya kebudayaan yang merosakkan
Ibadah tidak ditinggalkan tapi fikiran seni dan sasteranya
yang tidak keruan dan khayalan,
Bukan berlandaskan ketuhanan dan keislaman mengikut Al Quran dan As Sunnah
Ibadahnya dibuat, fikirannya, ekonominya berdasarkan kapitalism yang merosakkan
Ibadahnya boleh tahan tapi perjuangannya berdasarkan ideologi dan pragmatism
Tuhan ditinggalkan, Islamnya tidak global bahkan tidak menentu haluan
Setengahnya ibadahnya agak baik tapi menyampaikan ajaran Islam untuk cari makan,
Mereka menyangka mereka telah memperjuangkan Islam di dalam kehidupan
Ibadahnya tidak dicuaikan, tapi menyampaikan ajaran Islam untuk nama dan glamour
Islam bukan ibadah sahaja, ia semua aspek kehidupan, ibadah umum namanya
Kerana itulah di seluruh dunia, corak kehidupan umat Islam
berbelang-belang dan berbagai-bagai ragam,
Di sudut ibadah Islam, di sudut-sudut lain berbagai-bagai corak yang dipinjam
Ada corak kapitalis, ada corak sosialis, ada corak nasionalis dan bercorak pragmatism,
Tuhan sudah ditinggalkan, atau Tuhan sudah tidak ada di dalam kehidupan,
Seolah-olah Tuhan sudah tidak ada berperanan
Begitulah umat Islam hari ini ajaran dari luar ciptaan akal dan nafsu
bercampur-baur dengan Islam,
Siapa yang membawa Islam syumul atau global dipandang serong
Orang yang hasad dengki untuk menjatuhkan menuduh sesat

azlishukri berkata...

saya setuju dengan kenyataan mummy...