Rabu, September 17, 2008

Demi Kerana Cinta...

Seketika tadi hati berbunga-bunga
Biar ada secarik pedih yang bertapak
Ku singkir penuh rela
Demi cinta

Tapi kini luka bertimpa-timpa
Jiwa dikelar tanpa rasa berdosa
Lalu seperti selalu
Aku meratap sendiri di sudut sepi
Kerana cinta

Tak mampu ku lontar rasa ini
Bimbang luka semakin parah
Gusar sakit yang tiada penyudah
Hanya pada Mu aku menyerah
Hilangkan saja deria pedih ini
Biar luka belum tentu sembuhnya
Demi kerana cinta...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Demi kerana cinta mummybosan pada BN-UMNO, semasa mengulas pandangan saya dalam blog saudara Azli, maka janganlah mengharapkan apa-apa perubahan. Bukankah saudari suka dengan perjuangan UMNO-BN?, jadi janganlah mengharapkan apa-apa perubahan.

mummybosan berkata...

adil: tiada harapan saya sandarkan, hanya doa saya kirimkan semoga harapan jadi kenyataan, amin...