Khamis, Julai 03, 2008

IYER KE???

Hari ni busy sikit. Melambak-lambak kerja di office yang perlu diselesaikan. Tak sempat lansung nak baca surat khabar, surf internet apalagi tengok tv. Baru sekarang ni berkesempatan meninjau-ninjau berita terkini.

Ish, iyer ke? Satu persatu cerita sensasi timbul naik kebelakangan ni. Tahap kejutannya boleh tahan jugak. Malaysia terkejut bila lima negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat masa PRU 12 tempoh hari. Lepas tu PM kena tempelak dengan mantan PM. Kemudian mantan PM keluar UMNO secara bersyarat. Yang paling mengejutkan bila minyak naik mendadak sampai tersedak-sedak mummy dibuatnya. Baru-baru ni pulak Mrs TPM dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya. Tiba-tiba timbul cerita liwat DSAI versi 2008. Dan yang terkini... betulke TPM ada affair dengan Altantuya???

Apa pun cerita-cerita sensasi yang timbul, mummy tetap macam ni jugak. Terseksa dengan kos sara hidup yang makin meningkat. Bosan!!!