Ahad, April 27, 2008

Susahnya Nak Mula Menulis!!!

Fuh! Jenuh mummy memikirkan bahan tulisan hari ini. Macam-macam perkara yang mummy nak ulaskan tapi payah sungguh nak menyusun ayat agar nampak menarik. Inilah bahananya kalau dah lama tak menulis. Lama dulu masa zaman sekolah-sekolah, mummy memang aktif menulis. Dalam seminggu mummy boleh hasilkan dua, tiga buah cerpen dan ada peminat sendiri di kalangan kawan-kawan jugakla... Yang paling best, mummy menang tempat pertama pertandingan menulis cerpen di sekolah. Dapatla RM20 kalau tak silap. Memangla tak banyak mana tapi penghargaan terhadap bakat mummy tu yang paling membuatkan mummy rasa seronok sangat sampai tersenyum-senyum dalam tidur, hehehehe... Masa tu juga semangat nak menulis dan mengembangkan bakat pun semakin berkobar-kobar. Niat mummy masa tu nak hantar cerpen ke majalah. Majalah yang glamour masa tu, URTV! Tapi masa tu mummy takde kemudahan-kemudahan komputer ke, typewriter ke. So tertangguhlah niat tersebut selama bertahun-tahun.

Walau bagaimanapun niat tersebut tak pernah mati. Semasa menjadi penganggur terhormat selama setahun selepas menamatkan pengajian, mummy mula menulis semula. Untung-untung boleh jadi kerjaya yang lumayan daripada makan gaji.

Novel bertajuk "Alia" mummy tulis dari hati. Kerana begitu menghayati watak-watak dalam novel tersebut kadang-kadang ada part-part tertentu yang membuatkan mummy begitu hiba dan mengalirkan air mata sendiri semasa menulisnya. Sendiri tulis, sendiri lak feeling lelebih, heheheh... Pada mummy kalau nak menghasikan sebuah cerita yang baik, cerita tersebut mesti benar-benar hidup. Latar suasana, masa, fakta-fakta yang digunakan mesti benar-benar wujud walau pun cerita tersebut hanya rekaan semata-mata. Itulah yang cuba mummy hasilkan so banyak juga research yang mummy buat bagi menjadikan watak dan suasana dalam novel tersebut seolah-olah benar-benar hidup. Tapi mummy hanya merancang... Novel tersebut telah 70% siap ketika komputer mummy dicuri setelah rumah mummy dipecah masuk oleh sekumpulan penyamun bedebah yang mummy tak akan ampunkan dosanya seumur hidup walaupun sekarang ni salah seorang daripadanya tengah merengkok di penjara Kajang untuk tempoh lebih kurang lima tahun lagi. Tapi biasanya akan keluar awal melainkan kalau dia buat hal kat dalam tu. Dan apa yang sangat-sangat menyedihkan, mummy terlupa nak buat copy maka hasil usaha mummy memerah otak menyusun plot, memilih kata-kata menarik dan sebagainya menjadi sia-sia sahaja. Tak tahulah CPU komputer tu jatuh ke tangan siapa sebab yang mummy dapat balik cuma monitornya saja. Itupun dah "kiok" sebab polis ambik masa setahun jugak nak realese barang kes dari tarikh penyamun tu jatuh hukum. Geramnye...

Selepas peristiwa tersebut mummy dah sibuk berkerjaya so dah tak sempat nak menulis lagi tapi niat membina semula "Alia" masih ada. Bukan senang nak menulis semula. Pada mummy, "Alia" adalah hasil tulisan mummy yang cukup teliti tapi sayang... Harap-harap "Alia" masih belum ada di pasaran...

Tiada ulasan: