Rabu, April 23, 2008

Cinta Pertama???


Meninjau beberapa laman blog teman, rata-rata hangat membincangkan tentang kisah PRU 12 dan rentetan-rentetan peristiwa berkaitan selepas itu. Pada asalnya, topik ini jugalah yang menjadi pilihan mummy sebagai komentar awal di blog mummy ni. Tapi bila dikira-kira semula, alah mummy bosanlah!!! Hari ni mummy nak menulis tentang cinta pertama. Hmmm... tentu berbunga-bunga, kan! World peace!!!
Beberapa hari lepas ada yang bertanya, "Siapa cinta pertama mummy?". ...Tut... mummy jawab sebagai provokasi, hehehehe... Dan hari ini mummy mula berkira-kira, siapa ye? Sebelum menjawab, soalan perlu difahami terlebih dahulu supaya tak terkeliru. Apa itu cinta? Adakah cinta sekadar I Luv U, U Luv Me, I jump, U jump, Boleh belikan jam untuk harijadi I nanti? hehehehe..... Pada mummy pendefinisian cinta adalah subjektif. Makna cinta pada mummy tak semestinya sama dengan makna cinta orang lain. Dari sini kita akan mencari siapa cinta pertama mummy... Cinta pada mummy adalah perasaan kasih, sayang, percaya & tanggungjawab. Kalau keempat-empat elemen ni tiada, bukanlah cinta yang sebenar pada mummy. Cinta tak akan ada jika tiada perasaan kasih dan sayang. Itu sudah pasti. Cinta tak akan wujud jika tiada rasa saling percaya-mempercayai. Cinta tidak bermakna jika dikhianati kerana tiada rasa tanggungjawab. Lama dulu pernah beberapa kali singgah perasaan kasih dan sayang mummy pada beberapa orang yang menawarkan kasih dan sayangnya pada mummy. Chewah... boleh tahan gak saham mummy dulu! Tetapi sudahnya perasaan tu tak ke mana sebab penuh dengan rasa curiga tiada percaya. Bukan sengaja menyemai rasa curiga tapi memang sah-sah tak boleh percaya. Macam mana nak percaya kalau belum apa-apa, mummy dah nampak belangnya. Baru couple-couple dah dimadukan pula. Ikut sunah nabi katanya... Tok Cik dia!!! Apalah guna menabur kasih pada orang yang tak tahu menghargai dan bertanggungjawab memberi harapan cinta kononnya. Akhirnya perasaan itu mati dikhianati.... Nasib baik belum berputik cinta di hati. Kalau tak, adalah yang frust menonggeng sampai mereng, hahahahah... Cinta yang mummy cari cinta sejati yang tak akan mati walau jasad dimamah bumi. Cinta yang kekal hingga ke dunia abadi nanti. Cinta adalah apabila mencintai dan dicintai. Setulus hati. Pada yang bertanya, "KAMULAH CINTA PERTAMA MUMMY!!!"

2 ulasan:

Saiful Ambar Abdullah Ambar berkata...

Ungkapan Cinta Pertama mungkin lebih subjektif mummy. Kadang-kadang, cinta monyet zaman persekolahan walau tidak berkekalan & tiada kesungguhan pun orang boleh kategori cinta pertama. Tahniah & bertuah pada yang bertanya mummy.Doa semoga si dia kekal menjadi Cinta Pertama Mummy!!

mummybosan berkata...

Terima kasih kerana sudi mengintai blog mummy ni. Ya, mummy juga sentiasa berdoa semoga dia kekal menjadi Cinta Pertama & Cinta Terakhir mummy! Dan semoga dia benar-benar menghargai cinta ini dengan sepenuh hati...